Pesanan daripada Ustazah Fadhilah:
Segala urusan berhubung tempahan tempat di Majlis Iftar Perdana SMK Maxwell bagi tahun 2015 telahpun ditutup pada jam 3.30 petang tadi.
Kami telah mengambil maklum mengenai nama-nama yang tercatat di ruangan komentar kenyataan kami bertarikh 6 Julai 2015/ 19 Ramadan. Tempahan itu sudah sempurna dan kalian boleh menyelesaikan urusan pembayaran pada hari Jumaat ini. Bawa wang tunai secukupnya.
Kalian boleh melebihkan bayaran atas niat sumbangan ikhlas untuk Dana Surau SMK Maxwell. Wang itu akan digunakan untuk tujuan membeli kelengkapan asas seperti selipar (wuduk), aset tambahan seperti sejadah dan almari, majalah Islam (bulanan) untuk ruangan membaca di surau dan sebagainya. Sekiranya wang itu tidak digunakan untuk tujuan pembangunan Surau SMK Maxwell, wang tersebut akan dialihkan untuk perbelanjaan sebarang bentuk majlis kami pada tahun hadapan.
Hakikatnya, majlis kami ini bersifat sederhana dan Dewan Adiputra SMK Maxwell juga tidak mampu menampung kehadiran pelajar dalam jumlah yang begitu besar. Oleh itu, kami perlu mengehadkannya untuk memastikan agar keselesaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan.
Oleh itu, Panita Pendidikan Islam, Panitia Tasawwur Islam dan Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell memohon maaf atas kesulitan ini.
Harap maklum~
No comments:
Post a Comment