Alhamdulillah, pada tanggal 30 Ogos 2013, SMK Maxwell telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah yang bertempat di Dataran Max. Tujuan sambutan ini diadakan bagi mengingati semula jasa para pejuang kemerdekaan yang telah gugur dalam mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Para pelajar diberi peluang untuk menyampaikan persembahan bagi memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan seiring dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semoga majlis yang diadakan ini mampu untuk memupuk rasa cinta terhadap negara dan mengeratkan lagi perpaduan antara masyarakat yang berbilang bangsa serta melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan umat Islam yang telah berjaya berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. InsyaAllah, majlis Sambutan 'Merdeka Raya' ini akan diadakan lagi pada tahun yang akan datang.
No comments:
Post a Comment