Assalamualaikum semua. Ingatan daripada kami, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada, luaskan fikiran...^^

Wednesday, August 5, 2015

Merokok Adalah HARAM


Sekadar peringatan buat diri supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Anak Amanah Allah

Tanda yang difokuskan apabila gagal mendidik sebagai ibubapa muslim:
1. Apabila anak anda tahu rancangan TV selama sebulan, tetapi tidak mengetahui bilakah masuknya waktu solat seharian.
2. Apabila anak anda boleh menyebut 10 nama artis-artis terkenal, tetapi tidak boleh memberitahu nama 10 orang rasul.
3. Apabila anak anda bangga menjadi seorang yang berfikiran bebas, tetapi malu digelar sebagai seorang muslim.
4. Apabila anak anda mampu mengingati lirik lagu paling popular setiap minggu, tetapi tidak dapat mengingati satu surah Al-Quran sekalipun kerana “ianya terlalu susah”.
5. Apabila anak anda tidak mahu tidur kerana dia sibuk ber’chatting’, tetapi rasa mengantuk apabila tibanya masa menunaikan solat subuh.
6. Apabila anak anda menyimpan duit untuk membeli pakaian fesyen terkini tetapi terasa sakit untuk bersedekah/membayar zakat.
7. Apabila pergi ke pusat membeli-belah itu lebih ‘PENTING’ daripada pergi ke masjid.
Oleh: Bahagian Dakwah JAKIM.

Jangan sampai anak menjadi punca kita diseret ke neraka.


Friday, July 31, 2015

Pemerintah pada Hari Pembalasan


Seluruh cakerawala tunduk patuh kepada arahan Allah yang Maha Agung.
Apabila diperintahkan Israfil agar meniup sangkakala itu, maka hancurlah segala perkara yang terdapat di langit dan di bumi kecuali dengan izinNya. Pada hari itu, yang akan terus kekal memerintah alam ini hanya Allah SWT.
Firman Allah SWT:
1. Apabila berlaku hari kiamat itu,
2. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya,
3. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
4. (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan,
5. Dan gunung-ganang dihancurleburkan dengan selebur-leburnya,
6. Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
(Surah Al-Waqiah, ayat 1-6).

Monday, July 27, 2015

Pensyariatan Solat



Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab pada Hari Pembalasan kelak.
Sempurnanya solat bererti sempurnanya amal-amal yang lain. Rosaknya solat bererti rosaknya amal-amal yang lain.
Hidup mengharapkan nikmat yang berbagai-bagai namun, diri cukup sombong untuk sujud kepada Allah.
Kita perlu sedar bahawa jika kita tidak solat sekalipun, Allah tetap kekal mulia. Jika kita solat sekalipun, Allah tetap kekal mulia. Manifestasi solat bukan untuk Allah tetapi untuk kita.
Sekadar perkongsian~

Thursday, July 16, 2015

Aidilfitri 1436H

Pihak sekolah, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Tasawwur Islam dan Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell ingin merakamkan ucapan Salam Idulfitiri khusus buat warga guru dan para pelajar Islam sekalian.
Dalam kelekaan kita melakukan persiapan lebaran yang bakal berlabuh tiba, pastikan keselamatan diri sentiasa menjadi keutamaan. Sebagai peringatan, pastikan juga agar kita sudah melangsaikan bayaran zakat fitrah yang menjadi satu kewajipan ke atas setiap Mukmin yang berkemampuan.
Alangkah dukacitanya hati orang-orang beriman tatkala perginya sebuah lubuk keemasan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul. Mudah-mudahan, kita mampu untuk meraih keampunan Allah setelah keluar dari bulan Ramadan.
Khutbah Idulfitri pada tahun ini bertajuk "Tautan Kasih Pelengkap Idulfitri". Semoga bermanfaat~

http://www.islam.gov.my/khutbah-online

‪#‎salamuslim‬ ‪#‎eidmubarak‬ ‪#‎ramadan1436H‬ ‪#‎malaysia‬ ‪#‎kualalumpur‬‪#‎unity‬ ‪#‎semogaALLAHredha‬ ‪#‎akucintaALLAH‬ ‪#‎SeruDenganHikmah‬‪#‎KitakanIslam‬

Saturday, July 11, 2015

Majlis Iftar Perdana (5)

Pihak sekolah, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Tasawwur Islam dan Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell ingin mengungkapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga atas kesudian ibu bapa, warga guru, warga bekas pelajar SMK Maxwell dan para pelajar hadir ke Majlis Iftar Perdana kami pada malam tadi.
Kami juga ingin memohon maaf atas segala bentuk kekurangan, kecacatan dan kelemahan yang telah kami lakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja semasa menguruskan majlis ini. InsyaAllah, jentera kepimpinan kami pada masa hadapan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan segala kesulitan ini mampu untuk diminimakan. Kami turut mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan atau pendapat yang rasional bagi menambahbaik perjalanan majlis pada masa akan datang.
Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan kami berharap agar ukhuwwah murni ini akan terus berkekalan sehingga Jannah. Semoga pertemuan dan perpisahan kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT. InsyaAllah.

Thursday, July 9, 2015

Mesyuarat Khas Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, kami telah selesai mengadakan mesyurat ringkas pada tengah hari tadi berhubung persiapan akhir Majlis Iftar Perdana SMK Maxwell dan Majlis Khatam Al-Quran.
Hasil keputusan mesyuarat kami:
Kami telah menerima semua tempahan atas talian* oleh warga bekas pelajar Islam SMK Maxwell yang berjumlah hampir 30 orang. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh hadir untuk sesi pendaftaran seawal jam 6 petang. Kami menggalakkan tuan-tuan dan puan-puan hadir awal ke program ini agar tuan-tuan dan puan-puan memiliki kelapangan waktu untuk 'pusing-pusing' dan melihat perubahan landskap di sekitar SMK Maxwell.
Barisan guru penasihat telah memutuskan untuk mengalihkan ruang solat utama, iaitu dari Dewan Adiputra ke Dewan Terbuka Blok Tan Siew Sin bagi memelihara tahap keselesaan jemaah. Ruang solat Dewan Adiputra dikhuatiri tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar dan tetamu yang mencapai hampir 300 orang.
*Kami hanya menerima tempahan yang dilakukan menerusi ruangan komentar artikel Facebok kami bertarikh 20 Ramadan 1436H bersamaan 7 Julai 2015M dan melalui aplikasi Whatsapp atau mesej dengan para ustazah sahaja.
Harap maklum~

Tuesday, July 7, 2015

Majlis Iftar Perdana (3)

Pesanan daripada Ustazah Fadhilah:
Segala urusan berhubung tempahan tempat di Majlis Iftar Perdana SMK Maxwell bagi tahun 2015 telahpun ditutup pada jam 3.30 petang tadi.
Kami telah mengambil maklum mengenai nama-nama yang tercatat di ruangan komentar kenyataan kami bertarikh 6 Julai 2015/ 19 Ramadan. Tempahan itu sudah sempurna dan kalian boleh menyelesaikan urusan pembayaran pada hari Jumaat ini. Bawa wang tunai secukupnya.
Kalian boleh melebihkan bayaran atas niat sumbangan ikhlas untuk Dana Surau SMK Maxwell. Wang itu akan digunakan untuk tujuan membeli kelengkapan asas seperti selipar (wuduk), aset tambahan seperti sejadah dan almari, majalah Islam (bulanan) untuk ruangan membaca di surau dan sebagainya. Sekiranya wang itu tidak digunakan untuk tujuan pembangunan Surau SMK Maxwell, wang tersebut akan dialihkan untuk perbelanjaan sebarang bentuk majlis kami pada tahun hadapan.
Hakikatnya, majlis kami ini bersifat sederhana dan Dewan Adiputra SMK Maxwell juga tidak mampu menampung kehadiran pelajar dalam jumlah yang begitu besar. Oleh itu, kami perlu mengehadkannya untuk memastikan agar keselesaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan.
Oleh itu, Panita Pendidikan Islam, Panitia Tasawwur Islam dan Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell memohon maaf atas kesulitan ini.
Harap maklum~

Majlis Iftar Perdana (2)

Esok merupakan tarikh akhir untuk bekas pelajar Islam SMK Maxwell membuat tempahan sebelum hadir ke Majlis Iftar Perdana pada hari Jumaat kelak.
Kalian boleh tinggalkan nama penuh dan pekerjaan di ruangan komentar kami ini. Sekiranya kalian masih belajar, cukup sekar mennyatakan nama institusi sahaja tanpa menyatakan nama jurusan yang diambil. Bayaran boleh dilangsaikan pada petang hari Jumaat itu.
Menerusi Whatsapp, admin mendapat info daripada Ustazah Fadhilah mengenai:
"Jika ada ex maxwellian nak hadir mesti confirm esok (7 Julai 2015/ 20 Ramadan 1436H) last. Bayaran rm 15 berbuka dan moreh.
"Bayaran ex-maxwellian yang masih belajar (di SMK Maxwell sebagai pelajar Tingkatan 6) rm 10 sahaja.
Ingat slogan kita: Once A Maxwellian, Forever A Maxwellian.
Nostalgia ketika bersama-sama menuntut ilmu pasti amat sukar untuk dilupakan. Ayuh imarahkan bumi SMK Maxwell dengan hal-hal yang disukai Allah.
Jumpa kalian di sini~

Monday, June 15, 2015

Jadual SPM 2015 - Calon Biasa


Jentera kepimpinan Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell senantiasa mendoakan kejayaan buat seluruh warga SMK Maxwell dalam segenap lapangan yang diceburi. Misi kita sebagai khalifah hanya satu; memastikan syariat Allah SWT tertegak di atas muka bumi ini.

Saturday, June 13, 2015

Kem Kembara Munajat Syabab 1436H


Alhamdulillah, admin berpeluang untuk menyertai Kem Kembara Munajat Syabab anjuran Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama NGO, iaitu Pertubuhan Transformasi Anak Muda.
Kem ini telah diadakan di Masjid Amru Ibn Al'As di Bandar Baru Sentul.
Begitu banyak sekali ilmu yang kami peroleh terutamanya dalam persiapan menuju Ramadan yang bakal berlabuh tiba.
Mini-Forum yang diadakan pada malam tadi telah dikuasakan oleh dua orang ahli panel, iaitu PU Yusof dan Che'Gu Mahadi Mohd dengan moderatornya, abang Helmi Yusof (TV3).
Harap maaaf kerana gambarnya kurang jelas.

Strategi Ramadan (3)


Pengkhususan ibadah itu penting agar masa yang Allah SWT pinjamkan kepada kita tidak berlalu dengan sia-sia.
Amal ibadah manusia bersifat dinamik. Rebut peluang untuk mengumpulkan sebanyak mungkin amal kebaikan agar kita mampu untuk meraih keampunan Allah setelah keluar dari bulan Ramadan kelak.

Wednesday, June 10, 2015

Strategi Ramadan (2)


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah, ayat 183.
Tidak perlu menunggu genapnya setahun untuk memulakan hijrah. Mulakan perubahan diri menerusi Ramadan yang bakal tiba.

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1436H

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1436H

Bulan Ramadan kian berlabuh tiba. Semoga Allah SWT menganugerahkan kekuatan kepada kita untuk beribadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. 
Ayuh muat turun~
‪#‎salammuslim‬ ‪#‎share‬ ‪#‎ramadan1436H‬ ‪#‎malaysia‬ ‪#‎semogaALLAHredha‬‪#‎KitakanIslam‬ ‪#‎SeruDenganHikmah‬

Wednesday, June 3, 2015