Assalamualaikum semua. Ingatan daripada kami, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada, luaskan fikiran...^^

Thursday, July 9, 2015

Mesyuarat Khas Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, kami telah selesai mengadakan mesyurat ringkas pada tengah hari tadi berhubung persiapan akhir Majlis Iftar Perdana SMK Maxwell dan Majlis Khatam Al-Quran.
Hasil keputusan mesyuarat kami:
Kami telah menerima semua tempahan atas talian* oleh warga bekas pelajar Islam SMK Maxwell yang berjumlah hampir 30 orang. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh hadir untuk sesi pendaftaran seawal jam 6 petang. Kami menggalakkan tuan-tuan dan puan-puan hadir awal ke program ini agar tuan-tuan dan puan-puan memiliki kelapangan waktu untuk 'pusing-pusing' dan melihat perubahan landskap di sekitar SMK Maxwell.
Barisan guru penasihat telah memutuskan untuk mengalihkan ruang solat utama, iaitu dari Dewan Adiputra ke Dewan Terbuka Blok Tan Siew Sin bagi memelihara tahap keselesaan jemaah. Ruang solat Dewan Adiputra dikhuatiri tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar dan tetamu yang mencapai hampir 300 orang.
*Kami hanya menerima tempahan yang dilakukan menerusi ruangan komentar artikel Facebok kami bertarikh 20 Ramadan 1436H bersamaan 7 Julai 2015M dan melalui aplikasi Whatsapp atau mesej dengan para ustazah sahaja.
Harap maklum~

No comments:

Post a Comment