Baru-baru ini, Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh serta Qiamullail dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Maxwell dan pihak pentadbir SMK Maxwell. Tujuan diadakan program sebegini adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif dan nilai-nilai Islam utamanya dalam diri pelajar-pelajar. Majlis ini dihadiri hampir 250 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar Islam. Untuk pengetahuan pembaca semua, Ustaz Azuhan Ismail telah dijemput oleh pihak PPI Maxwell bagi mengetuai solat fardhu pada setiap waktu, solat sunat Tarawikh dan Qiamullail pada keesokan paginya. Selain menjadi imam dalam setiap solat, Ustaz Azuhan Ismail turut memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Islam dalam usaha untuk melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang di dunia malahan cemerlang juga di akhirat. Berikut merupakan gambar bagi aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semalaman pelajar-pelajar Islam di sekolah:
Ceramah Motivasi bagi pelajar-pelajar Islam Tingkatan 3, 4, 5 dan 6.
Majlis Berbuka Puasa
Solat Isyak, Solat Tarawikh dan Tazkirah
Majlis Perpisahan
Admin laman PPI Maxwell memohon maaf kerana terdapat sesetengah gambar yang kelihatannya kabur. Admin berharap agar majlis seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang. InsyaAllah, kita bertemu lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment