Assalamualaikum semua. Ingatan daripada kami, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada, luaskan fikiran...^^
Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar Islam yang akan mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 esok. Doa kami senantiasa mengiringi derap langkah kalian. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat kalian. InsyaAllah.
Pergi dengan harapan. Pulang dengan kejayaan. Kejayaan hakiki bukan terletak pada bilangan 'A' semata-mata. Sebaliknya, nilai kejayaan itu diukur sejauh mana seseorang itu mampu menyumbang kembali kepada ummah.
Tahniah di atas penganugerahan bintang Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sempena Hari Wilayah 2015. Semoga terus menyumbang bakti kepada ummah. #semogaALLAHredha
Hidup ini bersifat sementara. Nyawa kita hanyalah satu pinjaman daripada Allah. Ayuh gunakan usia yang masih berbaki dengan memberi manfaat kepada insan atau makhluk lain.
SubhanAllah... Kejadian ini berlaku di Machang, Kelantan Darul Naim.
Banjir lumpur juga tunduk kepada kalam-kalam Allah.
Allah telah berjanji bahawa Dialah yang menurukan Al-Quran itu dan Dialah yang akan memelihara Al-Quran itu sehingga hari Kiamat. Mengapakah kita yang bergelar khalifah berasa payah sekali untuk membaca walau sepotong ayat daripada Al-Quran? #assalamualaikum #salamsejahtera #sollualanabi #muhasabahdiri #insyaAllah #Pray4PantaiTimur #kelantan #terengganu #pahang #semogaALLAHredha #akucintaALLAH #SeruDenganHikmah #KitakanIslam #DIAgnosis #banjir2014
Permasalahannya ialah kita seringkali merasakan bahawa kita masih belum memiliki banyak perkara sehingga kita alpa untuk bersyukur akan sesuatu yang telah wujud pada diri kita. Ingatlah bahawa bukan semua perkara itu boleh memberikan manfaat kepada kita di akhirat khususnya mahupun di dunia amnya. Apabila nafsu keduniaan menguasai diri, maka penglihatan sudah tidak dapat lagi mengawal kehendak. Akibatnya, seseorang insan itu sudah tidak berupaya lagi untuk mengenal perbezaan antara yang baik dan yang buruk. Untuk meningkatkan rasa syukur dalam diri, pandanglah seseorang yang lebih miskin hartanya daripada kita.
Untuk meningkatkan rasa tawaduk dalam diri, pandanglah seseorang yang lebih banyak amalnya daripada kita.