Assalamualaikum semua. Ingatan daripada kami, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada, luaskan fikiran...^^

Wednesday, June 3, 2015

Tuesday, June 2, 2015

Panduan Membayar Fidyah oleh JAKIM

FIDYAH
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Bagi pembayaran melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
Sebab-sebab Dikenakan Fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
Sumber : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (www.maiwp. gov. my)

Monday, June 1, 2015

Nisfu Syaaban 1436H


InsyaAllah, malam ini.
Semoga Allah menganugerahkan kita kekuatan untuk beramal soleh.

Tuesday, March 3, 2015

SPM 2014 (2)


Tahniah buat rakan-rakan kita yang telah selesai mengambil keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pagi tadi.
Sesungguhnya, cabaran hidup sebenar baru sahaja bermula. 

Monday, March 2, 2015

SPM 2014 (1)

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah semua~
Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar Islam yang akan mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 esok. Doa kami senantiasa mengiringi derap langkah kalian. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat kalian. InsyaAllah.
Pergi dengan harapan. Pulang dengan kejayaan. Kejayaan hakiki bukan terletak pada bilangan 'A' semata-mata. Sebaliknya, nilai kejayaan itu diukur sejauh mana seseorang itu mampu menyumbang kembali kepada ummah.

Wednesday, February 11, 2015

Cara Tidur


Assalamualaikum semua dan Selamat Malam~
Jom amalkan sunnah ini. Sesungguhnya, Nabi sallallahu alayhi wasallam diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam. smile emoticon

Sunday, February 1, 2015

Sekalung Tahniah~


Tahniah di atas penganugerahan bintang Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sempena Hari Wilayah 2015. Semoga terus menyumbang bakti kepada ummah.

#‎semogaALLAHredha‬

Debat Si Kancil


Berhujah dengan 10 orang cerdik pandai jauh lebih mudah berbanding berhujah dengan seorang jahil.
Dia tidak akan sesekali mengalah sekalipun sedar bahawa bicaranya sudah tidak punya ilmiah.

Transformasi Diri


Ramai orang berfikir untuk mengubah dunia namun tidak ramai yang berfikir untuk mengubah dirinya sendiri terlebih dahulu.

Bahaya Lidah


Bagaimanakah lidah masih boleh membicarakan hikmah tatkala hati masih terus dilumpuri dosa?

Hidup Hanyalah Sementara


Hidup ini bersifat sementara.
Nyawa kita hanyalah satu pinjaman daripada Allah.
Ayuh gunakan usia yang masih berbaki dengan memberi manfaat kepada insan atau makhluk lain.
Kelak hadirmu dirai, pemergianmu ditangisi.

Dekatkan Diri kepada Allah


Sesungguhnya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenang.
‪
#‎akucintaALLAH‬ ‪#‎cintarasul‬ ‪#‎sollualanabi‬ ‪#‎semogaALLAHredha‬‪#‎muhasabahdiri‬