Jentera kepimpinan Persatuan Pelajar Islam SMK Maxwell senantiasa mendoakan kejayaan buat seluruh warga SMK Maxwell dalam segenap lapangan yang diceburi. Misi kita sebagai khalifah hanya satu; memastikan syariat Allah SWT tertegak di atas muka bumi ini.
Assalamualaikum semua. Ingatan daripada kami, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada, luaskan fikiran...^^
Monday, June 15, 2015
Saturday, June 13, 2015
Kem Kembara Munajat Syabab 1436H
Alhamdulillah, admin berpeluang untuk menyertai Kem Kembara Munajat Syabab anjuran Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama NGO, iaitu Pertubuhan Transformasi Anak Muda.
Kem ini telah diadakan di Masjid Amru Ibn Al'As di Bandar Baru Sentul.
Begitu banyak sekali ilmu yang kami peroleh terutamanya dalam persiapan menuju Ramadan yang bakal berlabuh tiba.
Mini-Forum yang diadakan pada malam tadi telah dikuasakan oleh dua orang ahli panel, iaitu PU Yusof dan Che'Gu Mahadi Mohd dengan moderatornya, abang Helmi Yusof (TV3).
Harap maaaf kerana gambarnya kurang jelas.
Strategi Ramadan (3)
Pengkhususan ibadah itu penting agar masa yang Allah SWT pinjamkan kepada kita tidak berlalu dengan sia-sia.
Amal ibadah manusia bersifat dinamik. Rebut peluang untuk mengumpulkan sebanyak mungkin amal kebaikan agar kita mampu untuk meraih keampunan Allah setelah keluar dari bulan Ramadan kelak.
Wednesday, June 10, 2015
Strategi Ramadan (2)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah, ayat 183.
Tidak perlu menunggu genapnya setahun untuk memulakan hijrah. Mulakan perubahan diri menerusi Ramadan yang bakal tiba.
Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1436H
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1436H
Bulan Ramadan kian berlabuh tiba. Semoga Allah SWT menganugerahkan kekuatan kepada kita untuk beribadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Ayuh muat turun~
#salammuslim #share #ramadan1436H #malaysia #semogaALLAHredha#KitakanIslam #SeruDenganHikmah
Tuesday, June 9, 2015
Thursday, June 4, 2015
Wednesday, June 3, 2015
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1436H
Sesungguhnya, Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat kelak; memberikan syafaat kepada pembacanya.
Tuesday, June 2, 2015
Panduan Membayar Fidyah oleh JAKIM
FIDYAH
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Bagi pembayaran melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
Sebab-sebab Dikenakan Fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
Sumber : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (www.maiwp. gov. my)
Monday, June 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)