Assalamualaikum semua. Ingatan daripada kami, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada, luaskan fikiran...^^

Friday, January 9, 2015

Nasihat Cerminan Diri


Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah semua~
Detik jatuhnya kecemerlangan hidup seseorang itu bermula apabila dirinya berasa ego untuk menerima apatah lagi meminta nasihat.

Thursday, January 8, 2015

Allah Pemelihara Al-Quran



SubhanAllah...

Kejadian ini berlaku di Machang, Kelantan Darul Naim.

Banjir lumpur juga tunduk kepada kalam-kalam Allah.

Allah telah berjanji bahawa Dialah yang menurukan Al-Quran itu dan Dialah yang akan memelihara Al-Quran itu sehingga hari Kiamat.

Mengapakah kita yang bergelar khalifah berasa payah sekali untuk membaca walau sepotong ayat daripada Al-Quran?


#assalamualaikum #salamsejahtera #sollualanabi #muhasabahdiri #insyaAllah #Pray4PantaiTimur #kelantan #terengganu #pahang #semogaALLAHredha #akucintaALLAH #SeruDenganHikmah #KitakanIslam #DIAgnosis #banjir2014

Taman Ilmu (1)


Menuntut ilmu kini menjadi semakin mudah.
Ayuh wujudkan taman-taman syurga di rumah kita pada malam ini.

Sunday, January 4, 2015

Hakikat Syukur



Permasalahannya ialah kita seringkali merasakan bahawa kita masih belum memiliki banyak perkara sehingga kita alpa untuk bersyukur akan sesuatu yang telah wujud pada diri kita.

Ingatlah bahawa bukan semua perkara itu boleh memberikan manfaat kepada kita di akhirat khususnya mahupun di dunia amnya. 

Apabila nafsu keduniaan menguasai diri, maka penglihatan sudah tidak dapat lagi mengawal kehendak. Akibatnya, seseorang insan itu sudah tidak berupaya lagi untuk mengenal perbezaan antara yang baik dan yang buruk.

Untuk meningkatkan rasa syukur dalam diri, pandanglah seseorang yang lebih miskin hartanya daripada kita.

Untuk meningkatkan rasa tawaduk dalam diri, pandanglah seseorang yang lebih banyak amalnya daripada kita.

SubhanAllah...

#assalamualaikum #salamsejahtera #syukur #sollualanabi #insyaAllah #Pray4PantaiTimur #KITALAHMALAYSIA #banjir2014 #kelantan #terengganu #pahang #sabar #SeruDenganHikmah #DIAgnosis #semogaALLAHredha #muhasabahdiri

Kekuasaan Allah SWT



Apabila Allah Taala mengkehendaki akan sesuatu perkara itu berlaku, maka tiadalah makhluk di langit mahupun di bumi yang mampu menghalang kekuasaanNya.

Maka Maha Suci Allah yang menguasai dan memiliki tiap-tiap sesuatu dan hanya kepadaNya kamu semua akan dikembalikan.
(Surah Yaasin, ayat 83)

p/s: Jawapan pelajar ini cukup bernas dan boleh diterima akal namun tidak bersesuaian dengan kertas peperiksaan yang diduduki. Itu konsep fizik. Walaubagaimanapun, tahniah kepada pelajar ini.


#assalamualaikum #salamsejahtera #SeruDenganHikmah #sollualanabi #takziah #malaysia #sabar #Pray4PantaiTimur #kelantan #terengganu #pahang #sabah #semogaALLAHredha #DIAgnosis #muhasabahdiri

Friday, January 2, 2015

Pahala Percuma


Rahmat dan pengampunan Allah itu jauh lebih luas daripada kemurkaanNya. Mungkin sesuatu perkara itu kelihatan kecil pada mata manusia namun cukup besar pada pengamatanNya. 

Setiap amal kebajikan itu memiliki keutamaan yang tersendiri dan bersesuaian kepada sesiapa yang dihendakiNya. Barangkali, solat sunat dua rakaat itu pahalanya jauh lebih kecil berbanding menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran tetangga. Sesuatu perkara itu perlu dilihat daripada sudut pandang positif dan bukannya dinilai menerusi kaca mata individu lain.

#assalamualaikum #sollualanabi #iloveIslam #SeruDenganHikmah #semogaALLAHredha #menujuIllahi #DIAgnosis #banjir2014 #Pray4PantaiTimur

Thursday, January 1, 2015

Salam Jumaat



Salam Jumaat~

Hari Jumaat pertama dalam minggu baharu. Ayuh laksanakan sesegera mungkin azam kita pada tahun ini. Semoga rahmat Allah Taala senantiasa menaungi kita semua.

#assalamualaikum #salamsejahtera #azam #newyear #selawat #sollualanabi #DIAgnosis #insyaAllah